Monday, July 22, 2013

Penilaian Kurikulm 3 Tingkatan 4

Klik di sini



PBS Ting 5

Contoh Rumusan

Tugasan projek ini telah dapat disempurnakan dalam tempoh sebulan. semasa pelaksanaan tugasan ini saya telah berupaya menguasai pelbagai kemahiran seperti mengorganisasi, menganalisis, mentaksir,  mengaplikasi  dan merekod urusniaga kedalam Buku catatan Pertama dan akhirnya dapat menyediakan Imbangan Duga dan Penyata Kewangan dengan betul. Saya juga dapat memahami dan menghayati proses kitaran perakaunan yang lengkap untuk satu tempoh perakaunan.

Prinsip-prinsip perakaunan digunapakai dalam menyiapkan projek ini adalah:-

1) Wang sebagai Ukuran: semua urusniaga telah dijalankan dengan menggunakan ringgit malaysia.

2) Sistem Catatan Bergu : setiap urusniaga telah direkodkan dalam 2 akaun yang berasingan

3) Ketekalan : semua kaedah merekodkan perakaunan yang sama telah diamalkan dalam pemyediaan laporan kewangan bagi setiap tempoh perakaunan yang sama.

4) Tempoh perakaunan: hayat perniagaan telah dibahagikan kepada tempoh perakaunan yang sama

5) Usaha beerterusan: perniagaan telah beroperasi bagi satu jangkamasa yang tidak terbatas.

PBS Ting 5

Contoh cadangan peningkatan prestasi


a) Dengan Merujuk Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah atau Penyata Pendapatan.

Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan.
i-Meningkatkan tahap jualan – pelbagai kaedah promosi boleh digunakan. Peniaga juga boleh memberi diskaun kepada pelanggan tetap yang mempunyai rekod pembayaran balik yang baik.
ii-Mengubah stategi jualan - meningkatkan jualan tunai dan mengurangkan jualan kredit. Dapat meningkatkan aliran tunai perniagaan dan mengurangkan risiko hutang lapuk.
iii-Mengurangkan perbelanjaan - mengurangkan pembelian inventori secara pukal - ini dapat mengurangkan kos penyimpanan inventori di gudang / setor, mengurangkan risiko kerosakan, kecurian dan keusangan stok. Mencari pembekal yang dapat memberikan harga dan kualiti barang yang terbaik.

b) Dengan merujuk kepada belanjawan tunai.
Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan.

**Jika Belanjawan Tunai menunjukkan Lebihan.
1 Mempebesarkan perniagaan - membuka cawangan di tempat lain sama ada
di bandar yang sama atau di daerah lain.
2 Menukarkan bentuk perniagaan daripada milikan tunggal kepada perkongsian atau syarikat
sdn. Bhd.
3 Melaburkan lebihan wang ke dalam skim pelaburan yang bersesuaian untuk mendapat pendapatan sampingan.
4 Membeli aset bukan semasa - membeli aset perniagaan yang dapat menjana ekonomi.

**Jika Belanjawan Tunai menunjukkan Kurangan.
1 Memohon pinjaman daripada institusi kewangan atau memohon kemudahan overdraf untuk meningkatkan aliran tunai.
2 Mengetatkan polisi perniagaan dalam pemberian kredit kepada pelanggan.
3 Memasukkan modal tambahan ke dalam perniagaan.

Sumber rujukan mhdazlan.wordpress.com

Saturday, July 20, 2013

Wednesday, July 10, 2013

Ramadan bulan penuh barakah

Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Jadikanlah  bulan Ramadan ini sebagai Ramadan yang terbaik.....